Tuesday, January 25, 2011
Sunday, January 23, 2011
Ujian Diagnostik Tahun 6
Ujian diagnostik Tahun 6 telah dijalankan bagi mengenalpasti keupayaan sebenar murid-murid tahun 6. Data ini penting bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut kebolehan sebenar murid-murid. Diharapkan hasil daripada ujian ini akan menjadikan keputusan UPSR tahun ini akan lebih meningkat lagi.
Friday, January 14, 2011
Latihan Road Run telah bermula
Pada hari hari selasa dan Rabu yang lalu latihan Road Run telah bermula. Latihan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
HARI : SELASA - RUMAH HIJAU DAN MERAH
RABU - RUMAH BIRU DAN KUNING
MASA : 4.00 PTG - 6.00 PTG
HARI : SELASA - RUMAH HIJAU DAN MERAH
RABU - RUMAH BIRU DAN KUNING
MASA : 4.00 PTG - 6.00 PTG
Thursday, January 13, 2011
AL- FATIHAH
Semalam seorang pekerja kebersihan sekolah iaitu Pak Mat telah menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dua minggu lalu. Beliau yang sempat bertugas pada hari pertama persekolahan telah koma selama dua minggu selepas kemalangan tersebut. SKRM amat merasai kehilangan beliau kerana beliau merupakan seorang pekerja yang baik hati dan mesra dengan semua warga sekolah. semoga roh beliau digolongkan dalam golongan orang mukmin yang beriman.. AL-FATIHAH
PERTANDINGAN NASYID MU'MIN 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN
Semasa cuti persekolah yang lalu, kumpulan Darul Rahman iaitu kumpulan nasyid SKRM telah mengikuti pertandingan Nasyid Mu'min Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di negeri Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah pasukan mewakili 10 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Kesemua pasukan mempamerkan persembahan yang sangat hebat. Persaingan begitu sengit, tetapi alhamdulillah pasukan nasyid kita telah mendapat tempat Naib Johan dan Kostum terbaik keseluruhan.
Tahniah kepada pasukan Darul Rahman. Semoga ia menjadi tapak untuk kita lebih berjaya lagi di masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)













































