Thursday, January 13, 2011

AL- FATIHAH

Semalam seorang pekerja kebersihan sekolah iaitu Pak Mat telah menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dua minggu lalu. Beliau yang sempat bertugas pada hari pertama persekolahan telah koma selama dua minggu selepas kemalangan tersebut. SKRM amat merasai kehilangan beliau kerana beliau merupakan seorang pekerja yang baik hati dan mesra dengan semua warga sekolah. semoga roh beliau digolongkan dalam golongan orang mukmin yang beriman.. AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment