Thursday, January 13, 2011

PERTANDINGAN NASYID MU'MIN 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN












Semasa cuti persekolah yang lalu, kumpulan Darul Rahman iaitu kumpulan nasyid SKRM telah mengikuti pertandingan Nasyid Mu'min Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di negeri Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah pasukan mewakili 10 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Kesemua pasukan mempamerkan persembahan yang sangat hebat. Persaingan begitu sengit, tetapi alhamdulillah pasukan nasyid kita telah mendapat tempat Naib Johan dan  Kostum terbaik keseluruhan.





Tahniah kepada pasukan Darul Rahman. Semoga ia menjadi tapak untuk kita lebih berjaya lagi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment