Friday, January 14, 2011

Latihan Road Run telah bermula

Pada hari hari selasa dan Rabu yang lalu latihan Road Run telah bermula. Latihan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
    HARI : SELASA - RUMAH HIJAU DAN MERAH
                RABU     - RUMAH BIRU DAN KUNING

    MASA : 4.00 PTG - 6.00 PTG

 



Thursday, January 13, 2011

AL- FATIHAH

Semalam seorang pekerja kebersihan sekolah iaitu Pak Mat telah menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dua minggu lalu. Beliau yang sempat bertugas pada hari pertama persekolahan telah koma selama dua minggu selepas kemalangan tersebut. SKRM amat merasai kehilangan beliau kerana beliau merupakan seorang pekerja yang baik hati dan mesra dengan semua warga sekolah. semoga roh beliau digolongkan dalam golongan orang mukmin yang beriman.. AL-FATIHAH

PERTANDINGAN NASYID MU'MIN 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN












Semasa cuti persekolah yang lalu, kumpulan Darul Rahman iaitu kumpulan nasyid SKRM telah mengikuti pertandingan Nasyid Mu'min Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di negeri Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah pasukan mewakili 10 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Kesemua pasukan mempamerkan persembahan yang sangat hebat. Persaingan begitu sengit, tetapi alhamdulillah pasukan nasyid kita telah mendapat tempat Naib Johan dan  Kostum terbaik keseluruhan.





Tahniah kepada pasukan Darul Rahman. Semoga ia menjadi tapak untuk kita lebih berjaya lagi di masa akan datang.

Wednesday, January 5, 2011

Musim Baru Persekolahan.

Hari pertama persekolahan 2011 telah berjalan dengan lancar. Sebelum itu pihak pengurusan sekolah membuat persediaan awal sebelum bermulanya hari pertama persekolahan. Guru besar bersama penolong kanan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat iaitu :

ISNIN( 27 DIS 2010)
Mesyuarat Guru Kali 1/2011
Masa : 8.30 am - 10. 30 am
Tempat : Makmal Komputer SKRM
Sasaran : Semua guru + kakitangan + wakil PPM
Objektif :
a. Menerima tugas dan tanggungjawab untuk tahun 2011
b. Bersama membina kecemerlangan SKRM
c. Menyelesaikan persoalan-persoalan warga SKRM

Kursus Kajian Tindakan
Masa : 11.00am - 1.00pm
Tempat : Makmal komputer SKRM
Sasaran : semua guru
Objektif :
a. semua guru boleh melaksana, melapor, mengajar KT
b. Menuju ke arah Sekolah Berbudaya Kajian Tindakan Tahun 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun baru 2011 kepada semua warga sekolah. Di harapkan tahun baru ini akan membawa seribu keazaman dan kejayaan kepada kita semua. Insyallah...

Kepada murid-murid dan guru-guru yang baru berpindah ke SKRM, kami mengucapkan selamat datang ke sekolah kami. Menjadi warga SKRM adalah satu kebanggaan kerana setiap individu di SKRM sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.